Boeing 757
Boeing 757

Boeing 757

Boeing 757 adalah model pesawat rentas benua berjulat sederhana yang dibina oleh Boeing Commercial Airplanes. Pesawat ini direka untuk Eastern Airlines dan British Airways bagi menggantikan Boeing 727 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1983. Pengeluaran Boeing 757 berakhir pada Oktober 2004 dan sebanyak 1,050 telah dibina.